Langkau ke kandungan
TGPU Academy / Learning Hub / Pendidikan Islam Interaktif
PENDIDIKAN ISLAM · EROPAH

Pendidikan Islam Interaktif untuk Kanak-kanak Muslim di Eropah

Bagaimana kita boleh mengekalkan struktur pembelajaran Islam tanpa menjadikan kelas terlalu berat untuk kanak-kanak yang membesar dalam latar keluarga, bahasa dan pengalaman agama yang berbeza?

KONTEKS

Mengajar mengikut realiti pelajar

Kanak-kanak Muslim yang membesar di Eropah bukan satu kumpulan yang seragam. Ada yang datang daripada keluarga yang aktif mengamalkan agama, ada yang masih membina asas, dan ada juga yang menggunakan bahasa berbeza di rumah dan di sekolah. Oleh itu, satu pendekatan yang terlalu rigid mudah menyebabkan sebahagian pelajar tertinggal atau hilang minat.

Sumbangan pendidikan semasa

TGPU Academy kini menyumbang idea dan sokongan pembangunan pengajaran dalam perbincangan bersama Islamic Education Class (IEC), sebuah inisiatif pendidikan Islam untuk komuniti Muslim di Eropah. IEC turut menjalankan aktiviti pendidikan Islam termasuk kelas kanak-kanak dan sesi tadabbur dewasa.

Fokus perbincangan semasa ialah bagaimana kelas boleh menjadi lebih tersusun, interaktif dan sesuai dengan realiti pelajar tanpa menganggap semua pelajar mempunyai latar atau tahap yang sama.

KERANGKA PENGAJARAN

Topik tersusun, penyampaian fleksibel

Struktur memberi arah. Fleksibiliti membolehkan tutor menyesuaikan kelas mengikut umur, tahap dan respons pelajar.

1 · Objective

1–2 hasil pembelajaran

Setiap kelas cukup mempunyai satu atau dua perkara utama yang pelajar benar-benar faham dan boleh bawa pulang.

2 · Interaction

Kurang lecture

Gunakan soalan, cerita, role-play, kuiz, situasi kehidupan dan perkongsian pelajar untuk meningkatkan penglibatan.

3 · Flexibility

Core + optional

Semua pelajar belajar idea teras. Hafazan, kosa kata Arab atau perbincangan lebih mendalam boleh dijadikan extension.

4 · Application

Islam dalam kehidupan

Setiap topik perlu menjawab: “Apa yang boleh saya buat dengan pelajaran ini dalam hidup saya minggu ini?”

Cadangan aliran kelas 50–60 minit

  • 5 min: warm-up atau soalan ringkas
  • 10 min: cerita, situasi atau pengenalan topik
  • 10–15 min: isi utama pendidikan Islam
  • 15–20 min: aktiviti, kuiz, perbincangan atau role-play
  • 5–10 min: refleksi, ayat/dua atau Arabic ringkas
  • 5 min: recap dan takeaway

Untuk teenagers

Remaja biasanya lebih responsif apabila mereka diberi ruang untuk berfikir dan memberi pandangan. Topik seperti syukur, sabar, amanah, adab media sosial, hubungan keluarga dan solat boleh dibincang melalui situasi sebenar berbanding syarahan panjang.

Tujuan bukan mengurangkan kandungan Islam, tetapi memastikan kandungan itu boleh difahami, dirasai relevan dan diamalkan.

Contoh: Syukur

Core: pelajar memahami maksud syukur dan boleh menyebut cara mengamalkannya.

Interactive: pilih situasi, kongsi tiga nikmat, bincang bagaimana kita bertindak apabila tidak mendapat apa yang kita mahu.

Optional extension: ayat Quran, doa atau kosa kata Arab berkaitan syukur.

Pilot sebelum kekal

Kaedah ini sesuai diuji untuk dua atau tiga kelas terlebih dahulu. Selepas itu, tutor boleh membandingkan apa yang berjaya, apa yang terlalu sukar dan jenis aktiviti yang paling sesuai dengan pelajar mereka.